Selamat Datang

ke Muzium Bukit Besi

Kunjungi

5 Ruang Pameran Terhebat Disini!

Lokasi

Muzium Bukit Besi

Muzium Bukit Besi, merupakan muzium bersejarah perlombongan bijih besi dan dioperasikan sepenuhnya oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Muzium ini terletak di Bandar Bukit Besi, iaitu sebuah bandar kecil dalam wilayah KETENGAH di daerah Dungun, Terengganu, Malaysia. 

Bandar ini menempa nama sebagai Bukit Besi dek kerana aktiviti pelombongan bijih besi yang telah bermula di sini sejak tahun 1930 dan dikenali juga sebagai ‘Bukit Batu Besi’ oleh penduduk tempatan. Perjalanan untuk sampai ke Muzium Bukit Besi mengambil masa 1 Jam 15 Minit dari arah Kuala Terengganu, Lebuhraya Pantai Timur 2 dengan kiraan jarak perjalanan sebanyak 95km. Manakala, bagi pengunjung dari arah Kuala Lumpur, mereka boleh sampai ke lokasi ini melalui exit Bukit Besi, Lebuhraya Pantai Timur 2. 

Uniknya, Muzium Bukit Besi juga terletak berhampiran rangkaian monumen-monumen bersejarah perlombongan bijih besi iaitu Stesen Opal, Stesen Washing Plant, Rumah No. 1, Stesen Bahan Letupan, Stesen Kolam Renang, Stesen Chimney dan Stesen Crushing Plant. 

Lokasi monumen-monumen ini boleh diakses oleh pengunjung yang ingin menyelami sejarah proses perlombongan bijih besi di sini melalui Pakej Bukit Besi Heritage Trail yang disediakan oleh pihak Muzium Bukit Besi.

Aktiviti