Galeri Pameran
Galeri 1
Sejarah Pelombongan
Kisah Sejarah perlombongan bijih besi Bukit Besi bermula apabila sekumpulan ahli penyelidik Jepun, yang diketuai oleh Mr. Kuhara mendapat berita dari sekumpulan pemburu hutan berkenaan penemuan batu yang lebih berat dari batu biasa di kawasan Bukit Seri Bangun (Kini dikenali sebagai Bukit Besi).
Sejurus mendapat berita berkenaan, pada tahun 1919, Mr. Kuhara telah menjalankan misi penyelidikan dan kajian geologi bagi mengenalpasti penemuan batu-batu berkenaan dan telah mendapati hasil penemuan tersebut adalah deposit bijih besi.
Oleh demikian, mereka telah menjalankan perlombongan bijih besi secara kecil-kecilan sehinggalah Mr Kuhara mendapati kawasan tersebut mempunyai hasil deposit bijih besi yang banyak.
Oleh sebab itu, Mr Kuhara telah menubuhkan sebuah syarikat perlombongan yang diberi nama Kuhara Mining Company sebelum mengubah nama syarikat tersebut kepada Nippon Mining Company setelah mendapat pajakan lesen perlombongan selama 50 tahun oleh Kerajaan Negeri Terengganu.
Pada bulan Mei 1930, aktiviti perlombongan melibatkan 130 orang pekerja Jepun dan 1,500 orang pekerja tempatan telah bermula lalu kemudiannya meningkat kepada 3,000 orang pada masa yang singkat. Aktiviti perlombongan oleh syarikat jepun ini terhenti pada tahun 1942 ekoran Perang Dunia Kedua dan mula diambil alih oleh Syarikat British, Eastern Metal and Mining Company (EMMCO) pada tahun 1948.
Oleh demikian, EMMCO telah menjalankan operasi perlombongan bijih besi pada tahun 1949 dengan menggunakan jentera-jentera moden yang dibawa masuk dari negara barat.Justeru, penggunaan jentera moden tersebut serta pengangkutan keretapi berenjin diesel telah menyumbang kepada kegemilangan Bukit Besi sebagai salah satu kawasan perlombongan bijih besi yang terbesar di Asia Tenggara pada ketika itu.
Setelah selama 41 tahun Bukit Besi digali isi perutnya, aktiviti perlombongan ini ditutup pada tahun 1971 atas beberapa alasan antaranya kekurangan deposit bijih, kerenah kesatuan pekerja serta birokrasi, dan penemuan lombong bijih baru di Australia
Batuan Marmar
Batuan Hornfels
Batuan Granit
Galeri 2
KAEDAH Pelombongan
Paku Pemegang Kayu
Pahat
Pemulas Skru
Ketam Kayu
Galeri 3
KRONOLOGI Pelombongan
Telefon
Mesin Taip
Majalah
Matawang Antik
Galeri 4
KOLEKSI PENINGGALAN
Roller
Lampu Spirit
Alat Pemotong Besi
Baldi Besi
Galeri 5
Penubuhan Ketengah
Galeri 5 ini mempamerkan pasca sejarah perlombongan susulan penutupan aktiviti perlombongan di Bukit Besi. Oleh demikian, galeri ini mempamerkan sejarah ringkas penubuhan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) pada 12 April 1973 yang berperanan untuk membangunkan semula sosioekonomi Bandar Bukit Besi yang telah mati akibat penutupan aktiviti perlombongan di kawasan ini pada tahun 1971.
Bapa Pembangunan
Penubuhan KETENGAH
Pembangunan Bandar Bukit Besi
Kelab Golf Bukit Besi
Aset Luar
Kereta Perisai
Semasa berlakunya darurat di Tanah Melayu pada 1948 – 1960, Bukit Besi turut disenaraikan sebagai kawasan hitam pengganas komunis. Mereka telah menjadikan Bukit Besi sebagai sasaran utama untuk memusnahkan pelbagai aset dan peralatan perlombongan dalam usaha melumpuhkan ekonomi negara. Oleh itu, pasukan keselamatan telah menggunakan kereta perisai untuk mengadakan rondaan dan memantau kawasan yang disyaki tempat persembunyian komunis. Kawalan ketat yang dilakukan ini telah berjaya menghalang kegiatan keganasan komunis di sekitar Bukit Besi.
• Model Kereta: SIBMAS AFSV-90
• Model Enjin: Enjin diesel bercas turbo, penyejukkan air, MAN D 2566 MK 6-silinder sebaris, 320 hp pada 1,900 rpm
• Pengeluar: Syarikat Belgium, BN Constructions Ferroviaries et Métalliques
• Tahun pembuatan: 1975
• Keupayaan: SIBMAS ARV merupakan kenderaan yang memiliki kren dengan keupayaan mengangkat sehingga 10,500 kg dan dipasang di hadapan kenderaan win penarik dengan kuasa menarik sehingga 20,000 kg
• Kegunaan: SIBMAS ARV merupakan kenderaan pengangkutan yang dilengkapi dengan meriam 90 mm. lanya digunakan sebagai kenderaan tembakan sokongan
• Sumbangan oleh: Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
• Tarikh Sumbangan: 3 Mac 2021
Pesawat Ringan
Semasa era kegemilangan aktiviti perlombongan bijih besi di Bukit Besi, pesawat ringan digunakan dari Lapangan Terbang Sura ke Lapangan Terbang Bukit Besi untuk membawa pegawai lombong dan alat ganti mesin yang rosak supaya kerja-kerja di sektor perlombongan tidak tergendala. Selain itu juga, pada awal dan pertengahan bulan, pesawat ringan turut digunakan untuk membawa gaji pekerja yang akan dibayar kepada para pegawai dan kakitangan lombong. Perkhidmatan penerbangan ini ditamatkan pada 8 September 1971 berikutan penutupan aktiviti perlombongan bijih besi di Bukit Besi.
• Model Pesawat: Pilatus PC-7
• Model Enjin: Turbopropi
• Pengeluar: Firma Pilatus Aircraft, Switzerland
• Tahun pembuatan: 1978
• Keupayaan: Mampu melaksanakan kesemua fungsi-fungsi latihan asas termasuk aerobatik, peralatan, taktikal dan penerbangan waktu malam
• Kegunaan: Digunakan sebagai pesawat latihan dua tempat duduk selari dan bersayap rendah.
• Sumbangan oleh: Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF)
• Tarikh Sumbangan: 13 Oktober 2021
Keretapi
Kereta api merupakan simbol pengangkutan utama yang digunakan dalam membantu merancakkan aktiviti perlombongan antara tahun 1930 sehingga 1971 sama ada di kawasan perlombongan ataupun ketika bijih besi diangkut dari Bukit Besi ke Pelabuhan Dungun. Kereta api yang digunakan adalah dari jenis ‘steam’/wap dan berenjin.
Kereta api jenis steam digunakan bermula pada tahun 1930 hingga 1963. Kereta api ini merujuk kepada sejenis kereta api yang dikuasakan oleh pembakaran luar yang menggunakan tenaga haba yang wujud dalam wap dan menukarkannya kepada kerja mekanikal. Kereta api berenjin digunakan bermula pada tahun 1964 bagi tujuan mengangkut bijih besi dan penumpang.
Laluan kereta api melalui perkampungan tradisi seperti Kampung Luit, Pinang, Padang Pulut, Kemudi, Kumpal, Serdang, Binjai, Che Lijah, Nibong dan Sura yang membolehkan para pekerja lombong, penduduk kampung dan peniaga berulang-alik dari Bukit Besi ke Sura sejauh 32kilometer tanpa dikenakan sebarang bayaran.
Justeru, perkhidmatan kereta api bukan sahaja menjana keuntungan kepada syarikat perlombongan, malah menyediakan perkhidmatan sosial kepada masyarakat kampung tradisi di kawasan pedalaman daerah ini dan penduduk yang menetap di bandar Dungun. Aktiviti perlombongan berakhir pada tahun 1971 setelah Syarikat Eastern Mining and Metal Berhad (EMMCO) memperolehi konsensi baharu perlombongan di Australia dan menyebabkan kereta api tidak lagi digunakan.
• Model Keretapi: 650 PS Diesel Electric Locomotive (Model: HAD-7M)
• Model Enjin: MTU 6V 396 TC 12
• Pengeluar: Hitachi
• Tahun pembuatan: 1983
• Keupayaan: 70km/h (continues rated tractive effort: 10360kg)
• Kegunaan: Membuat proses lansiran (shunting) iaitu mengalih kedudukan stokereta lain untuk diletakkan pada kedudukan lain atau memindahkan ke lokasi yang dikehendaki
• Hak milik: Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
• Tarikh penerimaan: 21 Disember 2023