Heritage Trail

Crushing Plant

Bangunan ini dibina ketika era Syarikat Eastern Mining and Metal Company (EMMCO) dan digunakan untuk memecah batu batan yang mengandungi bijih besi. Bijih besi yang siap diproses akan dicurahkan ke dalam wagon yang tersedia di dalam terowong sebelum dihantar ke Stesen Washing Plant untuk pembersihan dengan menggunakan belting belt. Terdapat sebuah pintu kecil di hujung terowong yang dihubungkan dengan satu saluran lubang, berfungsi sebagai saluran udara.
Crushing-plant
Crushing Plant
Washing Plant

Washing Plant

Tin Plant atau Washing Plant mula digunakan pada zaman Syarikat Eastern Mining and Metal Company (EMMCO). Ia digunakan sebagai tempat membasuh bijih besi di mana kandungan batu akan dipisahkan kemudiannya dibawa dan disimpan di dalam Stockpiles sebelum digred dan dihantar untuk eksport.

Terowong Belting

Terowong ini menghubungkan bangunan Tint Plant dengan Stock pile. Bijih-bijih dari Tint Plant dihantar ke Stock Pile menggunakan sistem belting (Conveyor).

Terowong Belting
Stesen Opal
Stesen Opal

Stesen Opal

Bangunan Penyimpanan (Stockpiles) di Bukit Besi merujuk kepada tempat simpanan sementara bijih besi yang telah siap diproses dari tapak Tin Plant dan Crushing Plant. Terdapat dua lokasi stockpiles di Bukit Besi yang bertujuan untuk menampung stok penyimpanan hasil bijih besi

Stockpiles 1

Bangunan ini ialah stor untuk penyimpanan sementara bijih sebelum dipindah ke dalam wagon. Bahagian bawah bangunan ini terdapat siling yang dibina menggunakan ketulan-ketulan batu dan kelihatan seperti dilekatkan antara satu sama lain. la kelihatan masih kukuh hingga hari ini. Ada kemungkinan ruangan ini digunakan sebagai tujuan pengudaraan untuk proses pengeringan bijih.

Stockpiles 1
Stockpiles 1
Stockpiles 2
Stockpiles 2

Stockpiles 2

Bangunan ini merupakan stor penyimpanan sementara bijih besi dimana bahagian bawahnya mempunyai 5 terowong yang menempatkan wagon bagi tujuan pengangkutan bijih besi menggunakan kereta api. Bangunan ini juga merupakan stesen terakhir pemprosesan bijih-bijih besi daripada Stokpile 1.

Rumah No 1

Rumah ini dinamakan sebagai Rumah No.1 kerana ia merupakan kediaman rasmi Pengurus Lombong yang disediakan oleh Syarikat Nippon Mining Company dan dibina sekitar tahun 1933. Bahagian atas rumah ini diperbuat daripada kayu, manakala bahagian tapak pula dibina menggunakan konkrit. Kedudukannya di atas bukit memudahkan pengurus untuk memantau kerja-kerja perlombongan dengan lebih jelas. Kediaman ini juga terus digunakan oleh Syarikat Eastern Mining and Metal Company (EMMCO) iaitu ketika era pendudukan British dengan beberapa penambaikan berbanding kediaman asal. Rumah No. 1 juga berpenanan sebagai rumah tamu bagi orang-orang kenamaan di mana KDYMM. Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan Tengku Ampuan Intan Zaharah pernah bersemayam di sini semasa mengadakan lawatan rasmi ke Bukit Besi pada 2 Oktober 1970. Di samping itu, rumah ini pernah dijadikan sebagai rumah kelab pegawai-pegawai British untuk aktiviti sosial mereka. Kini, hanya bahagian bawah rumah ini sahaja yang masih bertahan manakala bahagian atasnya telah musnah.
Rumah-No-1
Rumah No 1
chimney_1
Crushing Plant

Chimney

Chimney merupakan dapur untuk memasak bijih besi yang digunakan semasa era Syarikat Nippon Mining Company (NMC) untuk mengeluarkan bijih besi ke dalam bentuk jongkong sebelum dieksport ke Negara Jepun. Kaedah ini digunakan untuk memudahkan pengangkutan eksport bijih besi kerana memandangkan pengangkutan yang ada hanyalah melalui bot iaitu menerusi Sungai Dungun dari Kampung Dendang ke Kuala Dungun. Proses penghasilan jongkong bijih besi di Chimney hanya digunakan semasa era Jepun sahaja dan tidak lagi digunakan semasa era Syarikat EMMCO kerana pada ketika itu, mereka menggunakan kaedah pengangkutan yang lebih moden iaitu menggunakan kereta api.

Stor Bahan Letupan

Stor bahan letupan merupakan tempat untuk menyimpan stok bahan-bahan letupan yang digunakan untuk meletupkan bukit bagi mendapatkan batu batan yang mengandungi bijih besi. Berdasarkan rekod sejarah aktiviti perlombongan, Syarikat Nippon Mining Company (NMC) menjadualkan aktiviti letupan sebanyak 2 kali sehari iaitu pada pukul, 11.15 pagi dan 5.15 petang. Manakala, Syarikat Eastern Mining and Metal Berhad (EMMCO) pula menjadualkan aktiviti letupan sebanyak, 3 kali sehari, iaitu pada 8.30 pagi, 12.00 tengahari dan 4.30 petang bagi mengeluarkan hasil bijih besi yang lebih banyak.
store_bahan_letupan
Stor Bahan Letupan
Kolam Renang

Kolam Renang

Kolam Renang di Bukit Besi, Dungun merupakan kolam renang pertama di Tanah Melayu dan dibina sekitar tahun 1950 yang dilengkapi dengan papan anjal. Kolam ini pernah digunakan oleh warga British yang menetap di Kawasan perlombongan Bukit Besi.
laluan bas heritage trail

Trip Bas Ke Bukit Besi Heritage Trail

Hari Sabtu hingga Khamis

Pagi : (10.00 pagi hingga 11.00 pagi) dan (11.15 pagi hingga 12.15 tengahari)

Petang : 2.15 hingga 3.15 petang.

Hari Jumaat

Pagi : (9.15 pagi hingga 10.30 pagi) dan (10.45 pagi hingga 12.00 tengahari)

Petang : 2.15 hingga 3.15 petang.