Objektif Penubuhan
Sebagai Medium Pendidikan
Muzium berfungsi sebagai pusat pembelajaran dan pusat rujukan yang memberi peluang kepada pelawat dan pelajar untuk memahami sejarah, seni, sains, teknologi atau apa-apa aspek berkaitan melalui pameran, program pendidikan dan aktiviti interaktif berkenaan sejarah aktiviti perlombongan bijih besi pada masa dahulu.
SEBAGAI PENJANA EKONOMI TEMPATAN
Muzium memainkan peranan dalam pembangunan sektor ekonomi tempatan yang berfungsi untuk, mewujudkan peluang pekerjaan dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi setempat melalui aktiviti pelancongan sejarah dan budaya.
sebagai produk industri pelancongan wilayah ketengah
Muzium berperanan sebagai salah satu produk pelancongan sejarah dan inisiatif KETENGAH bagi memelihara nilai sejarah serta menggalakkan perkembangan industri pelancongan wilayah KETENGAH.