Perkhidmatan

Pusat-Sumber

Pusat Sumber​

Muzium Bukit Besi menyediakan fasiliti pusat sumber kepada pengunjung yang ingin mencari maklumat tambahan dan membuat rujukan mengenai sejarah perlombongan bijih besi di Bukit Besi serta bahan ilmiah Sejarah yang lain. Antara sumber rujukan yang disediakan adalah buku Sejarah Malaysia, Asal usul Bukit Besi, Memori Bukit Besi, buku produk pelancongan Tasik Kenyir, kajian tentang negara-negara luar, Ensiklopedia, Majalah, novel dan bahan rujukan untuk pelajar. Ruang yang disediakan adalah terbuka kepada pengunjung dan tiada bayaran yang dikenakan.
Bilik-Mesyuarat

Bilik Mesyuarat​

Muzium Bukit Besi menawarkan perkhidmatan penyewaan fasiliti bilik mesyuarat bagi agensi atau mana-mana pihak yang berminat untuk mengadakan mesyuarat dan perbincangan di muzium. Bilik ini boleh menempatkan seramai 32 orang dan dilengkapi dengan kemudahan sepertimana berikut:-
  • LCD Projektor
  • Komputer riba
  • Kemudahan WiFi
  • Penghawa Dingin
  • Whiteboard
  • Televisyen
  • Meja Banquet

Kedai Cenderamata

Muzium Bukit Besi menyediakan tiga (3) unit kiosk jualan bagi pengunjung membeli cenderamata yang mana dioperasikan oleh usahawan penduduk tempatan. Antara barangan jualan adalah cenderamata ukiran kayu dan produk IKS KETENGAH

Photobooth

Penyediaan sudut untuk bergambar juga disediakan di Muzium Bukit Besi di mana pengunjung dapat mengambil gambar sebagai kenangan.
Kid-station

kids station

Muzium Bukit Besi menyediakan sudut permainan interaktif bagi kanak-kanak dan pengunjung yang ingin meluangkan masa untuk bermain permainan tradisional seperti batu selambut, teng teng, congkak dan permainan carrom. Penggunaan sudut permainan interaktif kuiz Kahoot! juga disediakan bagi pengunjung yang ingin menjawab kuiz dan menganalisis pemahaman berkaitan Muzium Bukit Besi.

Bilik-audiovisual

Bilik Audio Visual

Muzium Bukit Besi mempunyai kemudahan bilik audio visual yang digunakan sebagai ruang untuk menayangkan video-video sejarah perlombongan bijih besi kepada pengunjung. Ruang ini juga boleh digunakan untuk acara yang diadakan di muzium. Bilik audio visual ini boleh menempatkan seramai 42 orang pengunjung dan turut menyediakan LCD projektor dan laptop sebagai kemudahan utama

Kafeteria

kafeteria

Perkhidmatan kafeteria adalah disediakan bagi pengunjung yang ingin makan dan minum setelah berkunjung di Muzium Bukit Besi.

Ruang-Pameran

RUANG PAMERAN SEMENTARA​

Muzium Bukit Besi menawarkan perkhidmatan ruang pameran sementara yang terletak di Tingkat 2, Muzium Bukit Besi. Ruang ini adalah terbuka untuk sebarang pameran sementara atau kolaborasi bersama agensi luar bagi mengadakan acara pameran di muzium.

Hubungi Kami

Bahagian Pelancongan KETENGAH

muziumbukitbesi.ketengah.gov.my

09-8339249