Pada 16 Mei 2024, Program Eco @ Tourism KETENGAH Sempena Hari Muzium Antarabangsa 2024 telah diadakan bertempat di Muzium Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Program ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Pengurus Kanan (Korporat) yang mewakili YM. Dato’ Pengurus Besar KETENGAH.
Program ini melibatkan penyertaan seramai 150 orang terdiri daripada kakitangan KETENGAH, pelajar-pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) iaitu Kolej KETENGAH Sdn. Bhd, UiTM Bukit Besi dan Politeknik Hulu Terengganu.
Program Eco @ Tourism KETENGAH yang berkonsepkan memupuk budaya kerjasama gotong-royong antara kakitangan KETENGAH dan pelajar serta pensyarah IPT merupakan salah satu inisiatif dalam memastikan kawasan produk-produk pelancongan dalam Wilayah KETENGAH sentiasa mesra pengguna, terjaga tahap kebersihan persekitaran dan menjadi tarikan utama pengunjung ke destinasi pelancongan desa dalam wilayah KETENGAH.
Selain Muzium Bukit Besi, produk pelancongan lain yang terlibat dalam program ini adalah Rumah No 1, Stesen Opal dan Washing Plant.
Program ini diakhiri dengan aktiviti penanaman pokok buah-buahan seperti ciku dan pulasan oleh Pengurusan KETENGAH dan wakil-wakil IPT yang hadir.
KETENGAH berharap dengan adanya program sebegini, ianya dapat meningkatkan lagi imej dan menarik lebih ramai pengunjung ke produk pelancongan desa wilayah KETENGAH.