Program Eco@Tourism KETENGAH : Peluncuran Bayaran Tanpa Tunai Muzium Bukit Besi

Satu Program Eco@Tourism KETENGAH : Peluncuran Bayaran Tanpa Tunai Muzium Bukit Besi dengan kerjasama CIMB Bank Berhad telah diadakan di Muzium Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Program tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH yang mewakili YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.

Muzium Bukit Besi menjadi pembuka tirai kepada perkhidmatan tanpa tunai dalam perkhidmatan oleh KETENGAH meliputi bayaran secara imbasan QR code, debit kad dan pemindahan ke akaun CIMB KETENGAH.

Selain daripada Peluncuran Bayaran Tanpa Tunai Muzium Bukit Besi, turut diadakan adalah pertandingan mewarna yang melibatkan dua kategori iaitu kategori Prasekolah/TABIKA KEMAS (4-6 tahun) dan kategori sekolah rendah (7-8 tahun) dengan penyertaan seramai 150 orang melibatkan murid-murid TABIKA KEMAS Dun Bukit Besi iaitu TABIKA KEMAS Zamrud, Sri Intan, Sri Nilam, Besol, Delima dan Ladang Gajah Mati serta murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Bukit Besi. Sebanyak 40 hadiah disediakan kepada pemenang. Murid dari Sekolah Kebangsaan Bukit Besi telah menggungguli kedua-dua kategori.

Panel juri bagi pertandingan mewarna adalah diketui oleh Ybhg To’ Puan Anizal binti Yusoff dan wakil daripada PUSPANITA Cawangan KETENGAH, Kolej KETENGAH Sdn. Bhd serta Kelab Keluarga KETENGAH.
Turut hadir dalam program tersebut ialah Puan Ruhaiza binti Ibrahim (Pengarah Sektor Awam CIMB), Encik Fikri bin Ngah(Wakil Pengarah Muzium Negeri Terengganu), Encik Zulkifli bin Abd Ghani (Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Dungun), Cik Nurul Athirah Muhammad (Pengerusi KEMAS Dun Bukit Besi), Encik Mohd Azmi bin Tawang (Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Bukit Besi) dan Tuan Haji Mohd Razali bin Mahmud (Ketua Pegawai Eksekutif Kolej KETENGAH Sdn. Bhd.) dan semua Pengurus Bahagian dan Ketua-Ketua Unit KETENGAH.
Pengurusan KETENGAH berharap agar Muzium Bukit Besi akan semakin dikenali dan dapat menarik lebih ramai pengunjung pada masa akan datang.