Sejarah Pembinaan Muzium
Muzium Bukit Besi terletak di Bukit Besi, Dungun, Terengganu, dan ia merupakan muzium yang memaparkan sejarah perlombongan bijih besi di kawasan Bukit Besi. Bangunan ini telah dibina pada tahun 2016 dan siap sepenuhnya pada tahun 2021.
Tujuan bangunan ini diwujudkan adalah untuk memperingati sejarah perlombongan bijih besi yang pernah menjadi salah satu industri utama di kawasan tersebut. Muzium ini memaparkan pelbagai bahan pameran seperti alat-alat perlombongan, gambar-gambar lama, dan maklumat mengenai sejarah industri bijih besi di kawasan Bukit Besi.
Pada awalnya Pihak KETENGAH melaksanakan sebuah galeri warisan dua tingkat dengan ruang lantai 2,885.76 kaki persegi. Galeri ini dinamakan sebagai Muzium Bukit besi.
Pada 15 Oktober 2021, Majlis pelancaran pra rasmi muzium telah diadakan dan muzium ini dibuka sepenuhnya kepada orang awam.